Bunda Baca ini!! Tangan Bayi Hampir Putus Gara-gara Sehelai Rambut

Rambut itu membelit jarinya dengan kuat hinggakan ia tidak kelihatan pada kulitnya dalam kes yang mengejutkan di China.

Menurut TV Jiangsu, ibu bayi terbabit, Wang, telah membawa anaknya itu yang dinamakan sebagai Renci ke hospital selepas bayi tersebut asyik menangis sejak lima hari lalu. Ketika itu Wang tidak melihat perkara serius berlaku kepada bayinya.
“Saya langsung tidak menyedarinya dan tidak membuat pemeriksaan yang teliti,” katanya.
Rambut terbabit didapati telah membelit ibu jari Renci selama beberapa hari hingga mengakibatkan peredaran darah terhenti sekali gus menyebabkan jari itu bengkak.
Menurut doktor, jika Wang terlewat sehari membawa anaknya ke hospital, kemungkinan jari itu terpaksa dipotong. Doktor berjaya membuang rambut berkenaan dengan menggunakan mikroskop ketika pembedahan dijalankan.
Doktor turut mengingatkan ibu-ibu muda supaya memastikan rambut mereka pendek atau diikat bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – MYNEWSHUB.CC


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Dorang : Khasiat – Gambar – dan Penjelasan Gizi

Mendesak! Tubuh Julia Perez Perlu Sumbangan Darah

Orang Miskin ini Mendadak Jadi Kaya gara gara temukan Batu ini di dalam Gua, Padahal Bentuknya Hitam dan Jelek